BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 12, 2012

Alat Ukur Aras


Setaf
Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan
dipendekkan. Panjangnya adalah 4 atau 5 meter yang bersambungsambung.Terdapat juga setaf Soptwith iaitu dalam unit imperial.




Alat Aras Automatik
Bagi alat aras automatik, tiub gelembung tidak lagi digunakan untuk
mengsetkan garis kolimatan mengufuk. Sebagai ganti, garis kolimatan ini
dihalakan melalui sistem kompensator yang membolehkan garis kolimatan
berkenaan berkeadaan mengufuk apabila dipandang melalui teleskop,
walaupun paksi optik tiub teleskop tidak mengufuk. Namun, alat aras ini perlu
diaraskan lebih kurang 15’ daripada garis tegak bagi membolehkan
kompensator berfungsi. Pengarasan boleh diperolehi dengan mengaraskan
gelembung bulat yang terletak di atas plat atas dengan menggunakan skru
kakitiga.


Kakitiga Alat Aras
Digunakan untuk mendirisiap alat aras. Terdapat dua jenis kaki tiga bagi
kegunaan alat aras. Bagi alat aras dompot dan jongkit, kebiasaannya
permukaan tapak kaki tiga adalah rata. Manakala bagi alat aras automatik,
permukaan tapak kaki tiga adalah berbentuk melengkung bagi memudahkan
lagi kerja-kerja pengarasa


Saturday, August 11, 2012

Contoh Dan Huraian Ilmu Ukur :-

1.2.1. Ukur Kejuruteraan
Merupakan asas yang sangat penting dalam semua kerja-kerja
rekabentuk dalam kejuruteraan awam. Semua pengukuran diikat
kepada tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan, tanda
ukur kawalan, batu aras, monumen penyegitigaan, monumen GPS
dan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai kawalan mendatar dan
menegak.

1.2.2 Ukur Kadaster
Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat
hakmilik tanah termasuklah pengeluaran hakmilik strata dan hak
milik stratum. Tugas-tugas pengeluaran hakmilik tanah di
Semenanjung Malaysia adalah diperuntukan di dalam Kanun
Tanah Negara 1965. Di Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah
(Sabah Bab 68) dan di Sarawak pula ialah Akta Tanah (Sarawak
Bab 81)

1.2.3 Ukur Hidrografi
Ukur hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan
penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kerja-kerja pembinaan
dan penyenggaraan pelabuhan. Kini kegunaannya lebih meluas
dengan berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas asli di
luar pantai. Prinsip pengukuran hidrografi tidak banyak bezanya
dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara adalah pada teknikteknik
dan peralatan yang digunakan.


1.2.4 Ukur Topografi.
Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data
mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di
permukaan bumi samaada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan
bagi tujuan untuk mengeluarkan peta topografi dengan skala di
antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan
khusus) untuk kegunaan tentera. Antara kaedah-kaedah yang
digunakan di dalam ukur topografi ialah Ukur Aras, Tekimetri, Meja
Datar, Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh.

1.2.5 Ukur Geodetik
Merupakan pengukuran permukaan bumi bagi menentukan bentuk
permukaan bumi dengan menggunakan peralatan yang berkejituan
tinggi. Prinsip ukur geodetik adalah dari keseluruhan kepada
sebahagian. Satu jaringan utama dengan ketepatan paling tinggi
yang meliputi sesebuah negara perlu dibentuk. Jaringan itu
kemudiannya akan dipecahkan kepada jaringan penyegitigaan
peringkat kedua dan seterusnya peringkat ketiga sehingga terdapat
titik kawalan yang mencukupi bagi sesebuah negara. Hasil
daripada kerja ukur geodetik juga dapat membentuk satu elipsoid
yang paling sesuai bagi sesuatu kawasan.

1.2.6 Astronomi
Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan
dijalankan ke atas ‘heavenly bodies’ seperti matahari, bulan dan
bintang bagi menentukan posisi di permukaan bumi dalam bentuk
latitud dan longitud astronomi, seterusnya mendapatkan azimut
bagi mengawal azimut pada titik di bumi. Nilai cerapan, hasil
perhitungan dan lain-lain data yang digunakan adalah dalam
bentuk sudut.

1.2.7 Sistem Penentududukan Global (GPS)
Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih
dalam menentukan kedudukan di atas bumi. Ia terdiri dari alat
penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit-satelit
yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan
penentududukan. Sateli tersebut berada dalam edaran orbit di
angkasa lepas. Salah satu kaedah penentududukan adalah dengan
mengesan sekurang-kurangnya 4 satelit berkenaan. Data yang
diterima diproses dengan komputer bagi mendapatkan nilai posisi
sesuatu stesen GPS itu dalam 3 dimensi. Kaedah ini telah
digunakan untuk mempertingkatkan mutu kordinat–kordinat
jaringan titik kawalan negara yang dahulunya ditentukan dengan
kaedah konvensional.

1.2.8 Fotogrametri
Penggambaran udara merupakan kaedah penderiaan jauh yang
paling awal diperkenalkan. Penggambaran dijalankan dengan
kamera khas yang dipasang pada pesawat terbang yang stabil
seperti kapalterbang dan helikopter. Ketinggian penerbangan
sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang
akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah
1:40,000 bagi skala kecil dan 1:5,000 bagi kala besar. Saiz foto
udara yang biasa adalah 23cm x 23cm. Penggambaran adalah
dalam hitam putih atau warna mengikut keperluan. Pengukuran
dan penterjemahan foto udara dilakukan dengan menggunakan
alat-alat stereoskop dan ‘stereoplotter’. Susunan foto-foto udara
yang telah dibetulkan (rectified) dengan alat yang khusus
menghasilkan mozek dan peta foto. Maklumat dari gambar udara
juga digunakan untuk menyediakan peta.

1.2.9 Penderiaan Jauh
Penderian jauh adalah kaedah pemungutan data mengenai objek
atau bahan di permukaan bumi atau ruang udara dengan alat
penderia (sensor) dari platform yang terletak jauh dari objek itu.
Dengan pelancaran satelit-satelit yang dilengkapkan dengan
penderia (sensor), isyarat daripadanya dapat diterima dan dirakam
di stesyen-stesyen bumi. Data digital yang dirakam boleh dianalisis
dan diproses dengan komputer untuk menghasilkan gambaran
(imageri) kawasan-kawasan di permukaan bumi. Imegeri-imegeri
dari ‘airborne’ dan ‘space borne’ boleh digunakan untuk
menyediakan peta topografi, peta tumbuhan, peta geologi dan
sebagainya. Memandangkan kesesuaian aplikasi penderiaan jauh
adalah dalam bidang ukur tanah, teknologi yang canggih ini telah
diterima sebagai salah satu disiplin dalam ilmu ukur.

CABANG-CABANG ILMU UKUR

Ilmu Ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang dengan mengikut
tujuan seperti berikut :-
a. Ukur Kejuruteraan
b. Ukur Kadaster
c. Ukur Hidrografi
d. Ukur Topografi
e. Ukur Geodetik
f. Astronomi
g. Sistem Penentududukan Global ( GPS )
h. Fotogrametri
i. Penderiaan Jauh.

1.1.1.2 Berdasarkan Kepada Alat Ukur Yang Utama.

a. Ukur Rantai
b. Ukur Kompas
c. Ukur Aras
d. Ukur Meja
e. Ukur Tiodolit

Tujuan Mengukur.

a. Ukur Satah
Ukur satah adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan
kedudukan titik di atas permukaan bumi. Dalam ukur satah,
permukaan bumi dianggap mendatar. Kaedah ini memadai
bagi kawasan yang mempunyai keluasan dalam lingkungan
tidak melebihi 250km persegi atau 55 km panjang kerana ralat
yang wujud tidak memberikan kesan terhadap ketepatan
pengukuran. Ukuran-ukuran di padang diterima sebagai
ukuran benar dan apabila dipelot di atas kertas merupakan
unjuran di atas satah mendatar. Satah mendatar ini
bermaksud satah yang berada dalam keadaan tepat atau
normal terhadap garis graviti. Garisan graviti dapat dibentuk
dengan menggantung pelambab dengan tali halus di atas
permukaan bumi.        

b. Ukur Geodetik
Satu lagi kaedah dalam menentukan kedudukan sesuatu titik
di atas permukaan bumi. Dalam kaedah ini, lengkung bumi
diambil kira dalam kerja-kerja hitungan dan konsep tentang
geometri sfera diperlukan. Kaedah ini digunakan bagi
kawasan yang melebihi 250 km persegi atau 55 km panjang.
Dengan menggunakan peralatan yang moden dan canggih
pengukuran geodetik boleh dijalankan bagi keseluruhan
sesebuah negara. Jaringan yang dihasilkan dari ukuran
geodetik ini digunakan bagi mengawal lain-lain ukuran.

1.1.1 Pengkelasan Ilmu Ukur

Pengkelasan ilmu ukur boleh dibahagikan berdasarkan :
a. Tujuan mengukur
b. Penggunaan alat-alat ukur yang utama